JaM

Sunday, June 19, 2011

Lagu kegemaranku yang baru. ^_^

Bersaksi cinta di atas cinta
Dalam alunan tasbihku ini
Menerka hati yang tersembunyi
Berteman di malam sunyi penuh doa
Sebut nama-Mu terukir merdu
Tertulis dalam sajadah cinta
Tetapkan pilihan sebagai teman
Kekal abadi hingga akhir zaman

Istikharah cinta memanggilku
Memohon petunjuk-Mu
Satu nama teman setia
Naluriku berkata
Di penantian luahan rasa
Teguh satu pilihan
Memenuh separuh nafasku
Dalam mahabbah rindu
Di istikharah cinta
Tajuk Nasyid : Istikharah Cinta
Artis : Sigma
Album : Istikharah Cinta
Website/Blog : 
http://nasyidsigma.blogspot.com/

Thursday, June 16, 2011

Aku ada Impian


Kalau cakap bab impian semua orang ada impian.
tapi, 
cuba awak semua bayangkan,
pernah atau tidak? awak semua cari dah letakkan gambar impian itu,
dihadapan awak?

macam saya.... ehem ehem...
best tau,

Inilah dia hasilnya,

Mekah & Madinah




Bercuti bersama keluarga dan yang tersayang
buat Umrah dan haji.




Melawat rakan di Mesir












my Gadget







Lastly, Happiness..





Habis sudah...
sebenarnya banyak lagi, tapi memang best,
memang akan ada orang cakap,
"alah, bajet boleh dapat, / poyo la / nak menunjuklah / buat ape benda tidak berfaedah ni"

buarkan sahaja,
itulah suar-suara kejahatan, hehe
antara orang yang akan down kan kita,
melemahkan kita,
padahal, mereka tak buat apa-apa,

so,
kita buatlah, tunjukkan impian,
aku dah buat,

Kalian bila lagi?

Letihnya

hari yang meletihkan,
tapi aku tak buat apa-apa pun.. 
hehe
badan ni rasa macam tu pula.
ada pelancaran lampu Taman Desa Anggerik,
pergh, macam I-City,
hehe..

nak tunjuk gambar?
nak?
atau ..
tak?



urmmmmm....

tak payah la ye, nanti aku tunjukla gmbar tu ya.
assalamualaikum semua..

Monday, June 13, 2011

Lagu Menyentuh Hatiku

Naluriku berbisik..



aku jumpa lagu ini di Youtube..

kenapa? tidak boleh tido?

ya Allah,
lapangkanlah dadanya,
amankanlah jiwanya,
kenapa?
tidak boleh tido?
kenangan   'semalam'.?

sabar awk..
Dugaan Allah itu menguatkan hati-hati hambaNya,
cari dan raihlah redo Allah,
Jangan 'jatuh' disebabkan putus asamu,
Bangkitlah,
nanti ganti balik tidoye. ^_^




ingatkan ALLah,
hari ini ada 1 kelainan sedikit,
aku post lepas subuh,jarang on9 masa ini,

^_^

'Munajatku'

Letih Bangat Sih...

Assalamualaikum,
letihnya hari ini,
ya Allah, ini ujian Mu,
tapi hari yang 'best',
^_^

baru je habes perbentangan,
alhamdulillah, lepas juga walaupun gementar,
yang best nye balik-balik,
ada orang tunggu,
 T_T


Ya Allah, permudahkan jodohku,
jika dia milikku,
aku terima begitu juga sebaliknya,
hati-hati kami bersatu kerana Mu,
kerana jalanMu,
keindahan Islam,
amin,




Sunday, June 12, 2011

Hatiku Terdetik

Aku terlihat seorang sahabat di fb,
kahwin muda,
bahagianya,
keduanya ada agama yang mantap,
saling mengasihi,
saling mencintai kerana Allah,
Alhamdulillah, sudah mempunyai rezeki,
keturunan yang soleh,
itulah jodoh Allah,

Ù†َØ­ْÙ†ُ Ù†َرْزُÙ‚ُÙƒُÙ…ْ ÙˆَØ¥ِÙŠَّاهُÙ…ْ

“Kami akan memberi rezki kepadamu dan kepada mereka.” (QS. Al An'am: 151)




Doa:


 Ø±َبَّÙ†َا Ù‡َبْ Ù„َÙ†َا Ù…ِÙ†ْ Ø£َزْÙˆَاجِÙ†َا ÙˆَØ°ُرِّÙŠَّاتِÙ†َا Ù‚ُرَّØ©َ Ø£َعْÙŠُÙ†ٍ


"Ya Tuhan kami, anugrahkanlah kepada kami isteri-isteri kami dan keturunan kami sebagai penyenang hati (kami), dan jadikanlah kami imam bagi orang-orang yang bertakwa. ” (QS. Al Furqon: 74)





Betapa bahagianya, hanya tuhan sahaja yang mengetahui,
Apakah aku tergolong dalam golongan menikah diusia muda? hehe ^_^

Saturday, June 11, 2011

Kuatkanku hadapi UjianMu








Memang banyak kerja, huhu,
masa ini ALLah uji dengan kesakitan,
ya ALLah, sesungguhnya hamba berserah kepadaMu,
mungkin ini adalah balasan dari khilafku,







Pendorongku sentiasa dihati,
dengan adanya juga Allah sebagai penguat jiwa,
inilah cabaran hidup.
Ampuni dosa hambaMu ini ya Allah,
hinanya aku dimuka bumiMu ini,
hanya keampunan dan keredoaanMu ku pinta dan ku damba.



Setenang Air Dimuara




Naluri hati kini kembali,
merenung ciptaan illahi,
hati tenang tidak terperi,
Hadirnya kasih,
dari Pencipta RobbulIzzati ~

Itulah bisikan naluri hatiku,
kasihkanlah kami,
damaikanlah kami,
tenangkanlah hati-hati kami,
seperti tenangnya ciptaanMu ini.,

Alhamdulillah, hari yang tenang,
ku raih dari Al-Aziz,
walaupun begitu, aku tetap dan perlu melalui ujianNya.







by: ~ naluri hati ~

Friday, June 10, 2011

Adakah Dikau Tahu?

Saya begitu takut menyakiti hatimu,

Bukan Aku ingin membolak balikkan hatimu,

Mencintaimu, adalah 1 cinta pada seorang yg solehah,
idaman kaum adam,
memiliki harimu sperti memiliki 1 permata,
yang aku cari dalam dasar lautan,
merinduimu seperti rindu adam pada hawa,

adakah dikau tahu bahawa hati ini sudah terikat padamu,
jika ia dilandas syariat,
alangkah bahagianya,
ingin sahaja aku menemui ibu bapamu,
merestui perhubungan ini.


1 pengharapan,
Allah yang menetukan segalanya,
aku juga tidak mahu 1 perpisahan.
takdir allah,
aku terpaksa terima jua,

jikalau dikau membaca ape yang telah aku sampaikan,
mengertilah dikau,
bahawa ada maksud disebaliknya.

Tidak mahu aku melukai hatimu,
aku sampaikan dengan cara paling lembut,

Cintamu pada ALLah,
begitu juga cintaku,
biarlah kita disatu kerana ALlah,
Dengan khitbah dan lamaranku.

"..Ya Allah seandainya dia milik ku satukanlah hatinya dgn hati ku dgn penuh keredhaanMu titipkanlah kemesraan antara mkami Ya Rahman Engkau Tuhan Yang Maha Mengetahui segala isi hati hambaMu aku amat menyayanginya Ya Allah..Engkau kabulkan doa hambaMu ini.."
                                                                         ~amin~

Thursday, June 9, 2011

Kesedihan dan Keraguanku




Seperti yang aku lampirkan sebelum ini,
Aku tidak tahu mahu ditulis apa lagi diruangan ini,



Perlu
atau
tidak?


Jawapannya ...
"Tidak Perlu"
Suatu hari nanti, kita akan mengetahuinya juga.


Ya Allah,
Minggu ini aku persia siakan macam itu saja,
rasa macam aku dah bazirkan banyak masa,
Tidur lambat,
Bangun pun lambat juga.
Setiap hari rasa cepat,
semakin lama semakin cepat masa berjalan.


Hari ini juga, hatiku ragu,
Ya Allah, aku yakin dengan ketentuanMu,
Biarlah aku diuji,
itulah tanda kasih sayangMu,




Hati, jika dikau sedih,
INGATLAH,
Allah sentiasa berada disisimu,

jika kau rasa sunyi,
INGATLAH.
Janji Allah itu pasti,
orang soleh untuk solehah, begitulah sebaliknya,
Jika engkau mahukan ketenangan,
cari dahulu keihlasan dalam ibadahmu,
dengan itu. sendirinya ketenangan itu hadir padamu,
jika dikau,

wahai Hati,
menginginkan kebahagiaan dan kasih sayang,
carilah dia, carilah, dengan merenung dan muhasabah,
dengan mencari redo dan cinta Allah,
perlu segalanya dengan sebenar benar keinsafan,
dirimu begitu hitam dan kelam,
sucikan ia dengan air mata keinsafan dan Taubat Nasuha.
Jangan dikau lari. 
BELIEVE!You Must Do It.!
Carilah ia..
You Will Get It.






 Aku ke Bagan Lalang sekali lagi,
menyiapkan projek kumpulan aku,
B.I untuk presentation.
Nanti aku masukkan gambar di Bagan Lalang., Selangor.
Mulanya aku ingat di Negeri Sembilan,
Rupanya di Selangor.
Tempat yang tenang,
Aman,
&
Nyaman.
~wassalam~

Cintaku bertasbih kerana Allah




Ya Allah, Ya Rohman Ya Karim,
Ketika Cinta bertasbih kerana Mu,
aku melupaiMu,
aku jauh dariMu,

Ketika Cinta berbisik,
aku hanyut dalam buaian dunia,
aku mencari soleh dan solehah,
sedangkan hati ini ingkar kepadaMu,

Ya Robbul Izzati,
Bergilir gilir cinta hadir kepadaku,
aku sudah mengetahui hikmahMu,
menguji aku dengan mainan hati,
untuk melihat keteguhan diri,

Ia hadir bagai cahaya,
menenangkan hatiku yang gundah gulana,
Ya Allah, aku malu,
sahabatku mengalir air mata,
mengingatkan aku tentang si Dia,
aku hanya insan biasa,
Cinta itu bukan untuk aku,

Aku serahkan segalanya pada Allah Azzawajalla ~
kerana Cinta Yang Bertasbih,
Hadir kengan keikhlasan,
Keimanan dan ketaqwaan,




"..Ya Allah seandainya dia milik sahabatku satukanlah hatinya dgn hati sahabatku dgn penuh keredhaanMu titipkanlah kemesraan antara mereka Ya Rahman Engkau Tuhan Yang Maha Mengetahui segala isi hati hambaMu sahabatku amat menyayanginya Ya Allah..Engkau kabulkan doa hambaMu ini.."
                                                                         ~amin~




Setulus hatiku minta maaf kepada semuanya andai diri ini menyentuh dan mengguris hati kalian.








Wednesday, June 8, 2011

Seteguh mana Aku?



Setiap kali aku hendak bangkit,
aral dan rintangan datang,
wah,
'laju sekali dong' 'masakan bisa aku menahannya',
Masalah datang berpusu-pusu,
hendak disalahkan pada siapa?
Mengadu pada siapa?
siapa?

apakah aku ini kuat?
apakah aku mampu menahan?
diri ini selalu tersungkur...
selalu terjatuh...
berapa kali bangkit menahan..
ia tetap jatuh kembali..

~kisah lalu biarkan berlalu~

lalu, kenapa aku sering terkait dengannya?
setiap benda aku sering bertanya,
sebabnya aku sendiri yang timbulkan persoalan itu,
Ujian Illahi sudah diatur..
Untukku,
aku perlu hadapinya,...
aku perlu tempuhinya..

Terbaca aku di entri Diary Umiliya:
  Hadis : Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:"Allah berfirman dalam hadis qudsi yang bermaksud," Tiada balasan bagi seseorang hamba-Ku yang telah Aku ambil kembali kekasihnya, kemudian orang itu mengharapkan pahala daripada-Ku melainkan orang itu akan mendapat balasan syurga." Riwayat Bukhari.



Juga di Entri ini Ummi

Hadis riwayat al-Bukhari:
Daripada Abu Hurairah r.a., Nabi saw bersabda: "Siapa yang Allah kehendaki kepadanya kebaikan, nescaya Allah mengujinya"





Ya Allah, aku mengharapkan keredoan Mu sahaja ya Robb. Ampuni dosaku. 
kuatkan aku dalam agamaMu, agamaku, dan dalam perjalanan ku yang tidak ak ketahui bagaimanakah ia berlaku pada esok dan masa akan datang. 
~amin~







Perjalanan Masih Jauh


Hari ini aku pergi ke Bagan Lalang, Negeri Sembilan,
Perjalanan bersama rakan-rakan, 
perjalanan merenung ciptaan Tuhan, Allah Azzawajalla.
Banyak lagi ciptaan tuhan yg tidak aku kunjungi,

inilah ia satu perjalanan,

Perjalanan Masih Jauh


~naluri hati~


~keindahan ditepi pantai~




~ berakhir ~




Bagan Lanang Negeri Sembilan

Tenang sungguh diri ini, 
walaupun ada berita yang kurang baik aku dengar,
naluri hatiku berbisik,
teruskan perjuangan mu,
Perjalanan Masih Jauh.

Lupakan kenangan semalam,
Kesedihan yg lepas.
untuk masa hadapan yang masih panjang
smiles always
^_^


Tuesday, June 7, 2011

Malasnya!!!!





Malasnya rasa hari ini,
bangun bangun, i got sms dari org tersayang. 'morning'.
tapi diri ni malas juga, 
macamana ni.???
Someone, please help me.
kalau hari hari begini,
memang otak ni tidak berkembang. 




Baru ak teringat,


Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya: “Orang mukmin yang kuat lebih baik di sisi Allah dan lebih dikasihi daripada orang mukmin yang lemah, sedangkan setiap seorang itu mempunyai kebaikannya (imannya) ; oleh itu hendaklah engkau bersungguh-sungguh berusaha memperoleh apa yang memberi manfaat kepadamu, serta hendaklah meminta pertolongan kepada Allah dan janganlah engkau bersikap segan dan malas; dan sekiranya engkau ditimpa sesuatu maka janganlah engkau berkata :” Kalaulah aku lakukan itu ini, tentulah akan terjadi begitu begini, tetapi katalah :” Allah telah takdirkan, dan apa yang dikehendaki oleh kebijaksanaan-Nya Ia lakukan, kerana perkataan ‘kalau’ itu membuka jalan kepada hasutan syaitan. ”

(Hadith Riwayat Muslim)



Ya Allah, bantulah ak menghadapi sifat kemalasanku, 
bagaimanakah ak mampu kuat,
sedangkan diriku dipenuhi dengan sifat mazmumah,
Ya Allah Yang Maha Mendengar,
Kuatkan Rohani dan Jasmaniku,
Supaya dapat beribadah padaMu,
Lindungilah diriku ya Allah,
dari fitnah maklukMu yg bertopengkan syaitan dan iblis tu sendiri,
lindungi juga keluargaku,
mama, abah dan ummi,
sahabat-sahabat dan insan yang ak sayangi.
Tempatkan kami ditempat yang mulia disisiMu,
penuh dengan keredoaanMu,
~amin~

Sinarnya Indah (Syukur padaMu)



Itulah sinar rembulan pada malam hari,
mengusik jiwa-jiwa yang merinduMu ,
dengan melihat kekuasaanMu,
ciptaan Mu semuanya indah.

Terima kasih ILLahi,
Sinar bulan begitu indah, 
hati menjadi tenang setelah gundah,
mnjadi nyaman setelah merekah,
kepada Tuhan kita menadah,
meminta doa,
dan agar segala urusan dipermudah,

i Love U Allah.


Dimana Patut Aku mencarinya?



Sering aku mendengar kata ini “Cinta”,
Bahkan mungkin sejak masih hingusan.
Tapi kata “Cinta kerana Allah”

Aku baru mendengarnya saat menapaki jinjang kuliah…

Lalu seperti apa “Cinta kerana Allah” itu?

Jika sekarang aku mengatakan

“Sahabatku, aku mencintaimu kerana Allah”,
Apa yang membuatmu mempercayai kata-kataku?
Aku rasa bukan kerana aku menuruti semua mahumu
Dan membiarkan kau melakukan apapun yang kau suka bukan?



Bukan… aku rasa bukan itu…
Maka akan aku katakan “Aku mencintaimu kerana Allah”…

Ketika aku menyayangimu kerana akidahmu …
Ketika aku meluruskanmu kerana tak ingin kau berbelok arah …
Ketika aku mendo’akanmu tanpa kau tahu …
Ketika aku berlapang dada dengan teguranmu …
Ketika aku tersenyum untuk kebahagiaanmu …
Ketika aku menguatkan saat kau mulai terjatuh …
Ketika aku sekuat tenaga tanpa jemu membantumu ..
Ketika sahutan salam menyapa saat kita bertemu …
Ketika aku begitu cepat melupakan kesalahanmu …
Ketika aku membuka lebar-lebar pintu maaf untukmu …
Ketika aku menjaga rahsiamu …
Ketika kita duduk bersama dan pembicaraan kita selalu tertuju untuk kebaikan …
Dan Ketika terkadang aku perlu melepasmu dengan penuh keikhlasan …



Jika Allah yang memintaku untuk mencintaimu…
Dan aku melakukannya, dengan izin Allah dan semoga hanya kerana Allah….

Sahabatku, apa kau juga “mencintaiku kerana Allah”?
Maka aku akan selalu berharap…. dan semoga hanya kerana Allah….
Amin.

Monday, June 6, 2011

Aku Blogger Baru


Alhamdulillah,
Dapat juga siapkan blog ini, bertungkus lumus,
dulu sudah mulakan, tp berhenti separuh jalan,
ada beberapa blog yang ak selalu follow,
antaranya ~MY JeLlyGraPe, rugi kalau anda tidak lihat sendiri,
kata-kata dari hati seorang insan, muslimah bernama Ukhty Nazurah, 

Sekian,

Aku pohon kemaafan, 
atas segala salah silapku pada kalian.

Ingatanku berputik

Demi Allah, 
Siapa yang tidak mahu berubah,
Siapa yang tidak mahukan ketenangan,
Siapa yang tidak mahukan kebahagiaan,
Disayangi,
Dicintai,
Dirindui,
Allah,
Sesungguhnya  Ujian itu menguji ketabahanku,
tapi semua yg ku ingini hanya mengejar nafsu,
tidak memburu CintaMu Ya Robb,


Ampuni Dosaku.
Ampuni...
~kupohon~